Tuesday, November 16, 2010

16112010

cinta jalang, buat aku mampus dan hidup berjuta kali.

Saturday, May 22, 2010

22052010

...asal jangan ada lelaki lain yang datang menjual cinta bermodal ucapan kopi-pes; selainnya aku doakan kamu bahagia.

Saturday, May 15, 2010

15052010

ada satu perkara yang kau tidak tahu. sewaktu kau pergi, kau bawa bersama ghairah cinta dan nafsu manusiaku.

Friday, April 23, 2010

23042010

cinta hati, mari belah dada ini untuk aku tunjukkan degup jantung yang maha gila setiap kali nama kamu disebut.

Monday, March 22, 2010

22032010

kau belum melihat aku dalam rupa yang sepenuhnya. yang ada sekarang - sekarang ini; sedikit cuma, sayang. 

Wednesday, March 17, 2010

17032010

merinduimu, penatnya seperti kantuk yang ditahan-tahan. Merenjat segala urat dan saraf, buat aku lesu sepanjang hari.

Sunday, March 14, 2010

14032010

rintis - rintis hujan yang dalam setiap titisnya ada rasa rindu dan hati yang dihiris - hiris. salahkan tuhan kerana dia cipta perasaan cemburu.

Saturday, March 13, 2010

13032010

kau tahu aku ini konservatif dan cinta itu eksklusif yang memberi makna 'penyerahan diri mutlak'. jangan. jangan ada lelaki lain yang dikongsi cerita kerana aku tidak gemar berkongsi.

Thursday, March 4, 2010

04032010

aku tahu kau di luar sana, sabar sahaja. sekarang aku sedang lena mengulit luka jadi bahagia hantaran padamu.

Tuesday, March 2, 2010

02032010

dalam keterbatasan yang kita cipta, teks menjadi kaku. makna menjadi beku. lembu adalah nama lain untuk fundamentalis